

Terlebih dahulu saya memohon maaf kerana tidak sempat untuk menulis di blog ini dalam masa yang lalu. Merujuk kepada perkara yang berlaku di Perak baru-baru ini, amat biadap bagi mereka yang mahu menyaman Sultan kerana telah melanggar perlembagaan negara Malaysia yang tercinta ini. Sepatutnya perkara ini tidak berlaku tetapi kerana gilakan kuasa sehingga menyebabkan kemarahan rakyat Malaysia, sanggup mereka ' menjolok sarang tebuan'. Mungkin ramai yang tidak terfikir siapakah dalang disebalik semua ini. Apakah niatnya? wahai pengkhianat bangsa, kami tidak akan tunduk kepada orang-orang yang ingin menghapuskan kuasa raja-raja. Tidak pernah dalam sejarah Melayu, ada orang yang sembah derhaka kepada Sultan. Tetapi sekarang ada pula 'Hang Jebat siber' yang sanggup mengenepikan sentimen melayu demi kepentingan politik yang sempit. Sudah tiba masanya rakyat Perak dan seluruh rakyat Malaysia 'bangkit' demi maruah bangsa Malaysia...
