Isnin, 13 April 2009

Kredibiliti Pemimpin Rakyat



Merujuk kepada perlantikan baru yang dibuat oleh Dato' Seri Najib baru-baru ini, pelbagai reaksi yang dikemukakan oleh rakyat. Yang pasti, rakyat mahukan perubahan dari segenap sudut. Walaupun ramai yang menyuarakan barisan kabinet baru ini didalangi Tun Mahathir namun ianya tidak perlu untuk merujuk kepada siapa yang berada dibelakang tetapi perubahan apa yang dilakukan menjadi agenda utama. Sejujurnya, saya amat menghormati Tun Mahathir. Apatah lagi dengan kehadiran Mukhriz Mahathir yang dilihat sebagai kesinambungan atau kombinasi antara pemikiran muda dan orang lama. Saya amat berharap agar isu-isu 'lapuk' akan dapat diselesaikan dengan bijaksana, cepat dan penuh berhemah. Contohnya isu pendatang asing yang telah lama diutarakan. Ramai yang mengutuk Menteri Dalam Negeri mengenai isu ini namun kutukan tidak akan menyelesaikan sebarang masalah. Harus melalui tindakan drastik. Tidak mustahil jika rakyat 'meluat' pada kerajaan disebabkan isu ini dan diterjemahkan dengan undian pada pilihan raya. Saya amat berharap agar Dato' Seri Najib akan memberikan 'sentuhan ajaib' demi masa depan kita bersama. Sekian.

Khamis, 26 Februari 2009

PARLIMEN PRASEKOLAH

KADANG-KADANG SERONOK DENGAN GELAGAT AHLI-AHLI PARLIMEN YANG ALA-ALA BUDAK PRASEKOLAH. SALING KATA MENGATA, TUDING MENUDING SEDANGKAN MEREKA DIBERI RUANG UNTUK KEPENTINGAN RAKYAT DAN BUKANNYA UNTUK BERTELAGAH.. TERBARU KARPAL SINGH YANG DENGAN SENGAJA MENYEBUT PERKATAAN 'CELAKA' KEPADA PEMUDA UMNO DAN MULALAH AKSI SALING BERCAKAR LIDAH.. SAKIT HATI DENGAN KEPIMPINAN YANG BEGINI. SEPATUTNYA TIDAK BERLAKU PERKARA SEBEGINI DAN PARA AHLI PARLIMEN MERUPAKAN CONTOH KEPADA MASYARAKAT TETAPI KEADAAN SEBALIKNYA BERLAKU. KAMI BERHARAP AGAR PADA MASA AKAN DATANG AHLI-AHLI PARLIMEN AKAN LEBIH FOKUS KEPADA MATLAMAT PERSIDANGAN.

Rabu, 25 Februari 2009

PEMILIHAN UMNO 2009 (DEMAM LAGI)


SAYA TERINGIN NAK TENGOK APA YANG BAKAL BERLAKU SEKIRANYA 'PAK LAH' SECARA MENGEJUT MENGUMUMKAN UNTUK MENARIK BALIK PENYERAHAN KUASA. PASTINYA MELENTING PARA 'PENGGUSTI' TIMBALAN PRESIDEN DAN PARA 'PENINJU' NAIB PRESIDEN. MENGAPA? SEBAB MASING-MASING DAH HABIS SEPOKET MELOBI JAWATAN YANG DIIDAMKAN. TAPI TAHULAH SAYA TAK MUNGKIN PAK LAH NAK MUNGKIR JANJI, BUKAN DENGAN SEORANG DUA TAPI DENGAN SELURUH RAKYAT MALAYSIA. SAYA MERUJUK KEPADA KENYATAAN DATO' MUKHRIZ YANG MAHUKAN PAK LAH DILANTIK SEBAGAI MENTERI KANAN, APA LAGI YANG NAK DILANTIK.. TAK KAN NAK PAK LAH TURUN PANGKAT.. DARI PERDANA MENTERI KE MENTERI KANAN. HEHEHE.. LEBIH BAIK BERIKAN GELARAN PADA PAK LAH SEPERTI YANG DIBERIKAN KEPADA BAPA MUKHRIZ. BARULAH SEIRING.. SELEPAS NI, DUA-DUA BOLEH PERGI BERKELAH SAMA-SAMA.. HEHE KEPADA PARA PENYOKONG PAK LAH DENGAN CHEDET HARAP JANGAN MELENTING DENGAN TULISAN SAYA INI KERANA INI HANYA CORETAN BIASA BAGI MENGHILANGKAN LESU DIKALA TENGAH MALAM.. NAK KOMEN??? SILAKAN...

Jumaat, 20 Februari 2009

Sampai Masa Rakyat Perak Bangun..


Terlebih dahulu saya memohon maaf kerana tidak sempat untuk menulis di blog ini dalam masa yang lalu. Merujuk kepada perkara yang berlaku di Perak baru-baru ini, amat biadap bagi mereka yang mahu menyaman Sultan kerana telah melanggar perlembagaan negara Malaysia yang tercinta ini. Sepatutnya perkara ini tidak berlaku tetapi kerana gilakan kuasa sehingga menyebabkan kemarahan rakyat Malaysia, sanggup mereka ' menjolok sarang tebuan'. Mungkin ramai yang tidak terfikir siapakah dalang disebalik semua ini. Apakah niatnya? wahai pengkhianat bangsa, kami tidak akan tunduk kepada orang-orang yang ingin menghapuskan kuasa raja-raja. Tidak pernah dalam sejarah Melayu, ada orang yang sembah derhaka kepada Sultan. Tetapi sekarang ada pula 'Hang Jebat siber' yang sanggup mengenepikan sentimen melayu demi kepentingan politik yang sempit. Sudah tiba masanya rakyat Perak dan seluruh rakyat Malaysia 'bangkit' demi maruah bangsa Malaysia...

Ahad, 11 Januari 2009

Israel Perlu Diheret Ke Pengadilan Antarabangsa



Makin hari makin menjadi-jadi serangan Israel ke atas Gaza. Makin ramai menjadi korban. Yang dikesalkan serangan dilancarkan tanpa mengambil kira sensativiti masyarakat antarabangsa. Apakah kita tidak mampu untuk berbuat apa-apa bagi menghentikan peperangan yang berlaku? Sememangnya kita berdoa namun cukupkah hanya dengan berdoa? Israel perlu diajar erti kemanusiaan. Dimana suara kuasa-kuasa besar ketika ini? Siapakah yang sebenarnya pengganas? Paparan akhbar yang menunjukkan seorang kanak-kanak yang maut diarak amat menyentuh perasaan. Maruah diri sebagai seorang Muslim tercabar dengan apa yang berlaku. Tambah 'seronok' apabila melihat beberapa 'ekor' Yahudi yang menaiki motosikal berkuasa tinggi mencari suatu tempat untuk melihat menggunakan teropong percikan bunga api akibat bedilan Zionis. Bagaikan suatu perayaan bagi mereka. Cukup samseng Yahudi ini. "Teruskan perjuangan wahai tentera-tentera 'fisabilillah'. Sesungguhnya doa kami, rakyat Malaysia mengiringi perjuangan kalian..."

Selasa, 6 Januari 2009

Kejamnya Rejim Zionis

Sewaktu minum pagi di sebuah kedai kopi, saya sempat melihat muka depan akhbar yang memuatkan gambar seorang kanak-kanak yang tidak berdosa menjadi mangsa kekejaman Israel. Sampai bilakah perkara ini akan berterusan? Saya rasa bersyukur kerana di bumi saya berpijak ini masih mampu untuk menikmati sarapan pagi sedangkan dalam waktu yang sama bumi Palestin dihujani dengan peluru. Sama-samalah kita berdoa semoga warga Palestin akan selamat dari terkena bedilan peluru dari Israel. Dasyat dan sungguh menyayat hati...

Pilihanraya Kuala Terengganu

Saya baru sahaja pulang dari Kuala Terengganu pada pagi ini. Jika dilihat pada senario semasa saya lebih yakin pada kemampuan calon yang bakal memegang jawatan Timbalan Menteri jika beliau menang. Bukan saya ingin menyebelahi mana-mana parti tetapi realiti para pemuda pemudi yang saya temui mulai sedar akan kepentingan perjuangan parti yang memerintah pada hari ini. Jika anda fikir saya hanya beromong kosong, silalah ke Kuala Terengganu dalam waktu yang terdekat ini untuk melihat apa yang saya perkatakan.