Selasa, 6 Januari 2009

Kejamnya Rejim Zionis

Sewaktu minum pagi di sebuah kedai kopi, saya sempat melihat muka depan akhbar yang memuatkan gambar seorang kanak-kanak yang tidak berdosa menjadi mangsa kekejaman Israel. Sampai bilakah perkara ini akan berterusan? Saya rasa bersyukur kerana di bumi saya berpijak ini masih mampu untuk menikmati sarapan pagi sedangkan dalam waktu yang sama bumi Palestin dihujani dengan peluru. Sama-samalah kita berdoa semoga warga Palestin akan selamat dari terkena bedilan peluru dari Israel. Dasyat dan sungguh menyayat hati...

Pilihanraya Kuala Terengganu

Saya baru sahaja pulang dari Kuala Terengganu pada pagi ini. Jika dilihat pada senario semasa saya lebih yakin pada kemampuan calon yang bakal memegang jawatan Timbalan Menteri jika beliau menang. Bukan saya ingin menyebelahi mana-mana parti tetapi realiti para pemuda pemudi yang saya temui mulai sedar akan kepentingan perjuangan parti yang memerintah pada hari ini. Jika anda fikir saya hanya beromong kosong, silalah ke Kuala Terengganu dalam waktu yang terdekat ini untuk melihat apa yang saya perkatakan.